Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

[ Info Kesihatan ] Tips dan cara rawat kesakitan ulser mulut

by Malisa Aina
September 20, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

d17e92d0-f31c-495e-83c7-9ec334df6e90

Kebetulan penulis sedang alami sakit ulser mulut dan disebabkan itu penulis tergerak nak cari info tentang cara ubati kesakitan ulser. Ulser mulut adalah sebarang jenis ulser yang terjadi di dalam rongga mulut. Boleh dikatakan banyak sebab kenapa terjadinya ulser ini, penulis senaraikan:

IKLAN
  • Punca dari kecederaan fizikal seperti tergigit atau terkena alat-alat tajam
  • Kekurangan setengah zat-zat seperti zat besi, asid folik dan vitamin B 12.
  • Daya tahan badan yang berkurangan
  • Jangkitan bakteria, virus atau kulat.
  • Alahan / reaksi alergik
  • Faktor keturunan
  • Kesan –kesan radioterapi / kimioterapi
  • Kesan-kesan dari penyakit sistemik
  • Kanser mulut
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui (ulser afta)

Aphthe_Unterlippe

Ulser afta juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada secara sebiji atau berbilang biji. Ia selalu sembuh tanpa meninggalkan parut. Ulser afta merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan. Ulser ini boleh mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis) di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari. Bilan seseorang yang mengalami ulser, apa yang mereka rasa/gejala:

  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam
  • Susah nak kunyah makanan
  • Susah nak berus gigi
  • Nak bercakap pun kadang-kala sakit

Kebiasaannya, kesakitan ulser akan berkurangan dalam tempoh 3 – 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 – 14 hari untuk sembuh sepenuhnya. Bila kesakitan ulser teruk sangat, apa yang perlu dilakukan:

  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.

Tags: [ Info Kesihatan ] Tips dan cara rawat kesakitan ulser mulutinfo ulser mulutkesakitan ulsertips dan cara rawat ulser mulutulserulser mulut
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan