Bagi wanita apa yang dipakai dan dibawa adalah lambang kebanggaan diri mereka. Berbeza dengan lelaki yang menjadikan sesuatu kerjaya sebagai simbol status sosial, wanita lebih memilih baju, beg dan aksesori mahal untuk menunjukkan status sosial mereka. Setujukah anda, bila penulis beranggapan tas tangan yang dibeli wanita sebenarnya tidak punya fungsi ke mana-mana malah apabila mereka membeli tas tangan yang mempunyai jenama atau harga yang mahal, ianya adalah kebanggaan diri sendiri. Wanita yang memakai beg, baju, kasut, dan aksesori mahal akan meningkatkan rasa percaya pada diri sendiri.
Bagi kaum Hawa, tas asli buatan pereka terkenal boleh menjadi isyarat bahawa mereka berkuasa, kaya, mampu menarik hati mana-mana lelaki dan lebih berani bersaing dengan wanita lain untuk mendapatkan lelaki yang disukainya. Wanita punya pemikiran bahawa dia tidak akan boleh bersaing dengan wanita yang penampilannya lebih ‘wow’ dari dirinya.
Walaupun harganya mahal sehingga mencecah harga puluhan ribu, kaum wanita tidak ambil kisah akan hal itu, asalkan dapat memenuhi hajat dan selera untuk dapatkan beg kesukaan dan berjenama hebat.
Perbezaan pemilihan beg tangan para wanita juga berubah-ubah, mengikut cita rasa dan pilihan masing-masing. Kini di pasaran juga terdapat pelbagai jenis warna dan corak, beg tangan yang cantik mampu menarik perhatian kaum wanita untuk membelinya, walaupun mempunyai banyak koleksi beg tangan.
Selain itu, hasil kajian yang dilakukan University of Minnesota, menunjukkan bahawa wanita akan menggunakan barang mewah untuk mempertahankan hubungannya dengan lelaki. Ada pemikiran aneh di kalangan wanita, ada perasaan nyaman ketika menggunakan barang mewah, sehingga rasa percaya diri membuat penampilan mereka lebih menawan.
Bila mereka menunjuk ianya sekali gus membuatkan diri rasa bangga dan boleh membuat seorang wanita lebih percaya diri. Namun sisi buruknya, mau bersaing sampai bila? Bukankah barang mewah dan mahal tidak akan habis. Bagaimana pendapat anda?