Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[ Teknologi ] 10 Aplikasi keselamatan untuk wanita di telefon pintar

by Wanista Newsdesk
September 23, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan adanya pelbagai teknologi canggih masa kini, pelbagai aplikasi telah dicipta untuk membantu khususnya golongan wanita. Kini dengan hanya menekan butang dihujung jari, anda boleh mendapat bantuan melalui telefon pintar anda sahaja. Berikut kami kongsikan 10 aplikasi keselamatan untuk wanita yang boleh anda muatnaik dan gunakan jika diancam bahaya.

1. Scream Alarm
Apa yang anda lakukan apabila anda berjalan pada waktu malam dan terasa seperti seseorang sedang mengikuti anda? Anda hendak menjerit dengan kuat tetapi bagaimana jika anda mempunyai suara yang perlahan? Aplikasi ini mengeluarkan bunyi jeritan yang kuat yang boleh membantu anda jika anda berada di dalam bahaya.

IKLAN

20130923-132301.jpg

2. Sentinel

Aplikasi iOS ini membantu menghantar mesej segera kepada orang yang terdekati. Aplikasi ini juga boleh ditetapkan untuk memberi isyarat amaran yang berbeza dalam kes senario yang berbeza dan juga boleh menghantar amaran jika anda keluar ke tempat yang jauh. Isyarat boleh dihantar melalui e-mel atau melalui SMS. Aplikasi ini juga datang dengan mod auto-off jika bateri berkurangan.

3. FightBack
Aplikasi FightBack adalah aplikasi asas yang sama dengan aplikasi yang disenaraikan di atas. Walau bagaimanapun, satu ciri unik yang kami suka tentang aplikasi ini adalah kemaskini status di Facebook. Selain daripada menyediakan perkhidmatan SMS dan emel untuk memberi amaran kepada orang lain jika anda berada di dalam kesusahan, aplikasi ini juga mengemaskini status Facebook anda. Jadi, walaupun kenalan anda tidak dapat dihubungi, anda boleh pastikan sekurang-kurangnya seseorang dari senarai rakan anda di Facebook tahu tentang keadaan anda dan akan melakukan sesuatu untuk membantu.

20130923-132312.jpg

4. Women Safety

Aplikasi iOS yang membolehkan pengguna menambah sehingga 6 kenalan semasa dalam kecemasan. Jika anda klik butang SOS, mesej bantuan kecemasan akan dihantar kepada semua 6 kenalan. Tetapi aplikasi ini menjadi sia-sia di kawasan tiada talian.

20130923-132317.jpg5. iFollow

Di dalam kes jenayah yang serius dan di dalam kecemasan, jika anda tiada masa untuk membuat panggilan, anda hanya perlu menggoyangkan telefon tiga kali dan aplikasi ini akan dimulakan. Ia akan terus menghubungi kenalan di masa kecemasan yang telah diset dengan lebih awal dan SMS jika panggilan tidak dijawab.

IKLAN

unnamed

6. Damini
Aplikasi ini boleh digunakan untuk mengirim lokasi dari GPS dan video jika anda menekan tombol start. Aplikasi ini juga membentuk kumpulan dari kenalan atau hubungan anda kepada sesiapa saja yang anda inginkan data setiap kali diperlukan.

damini-6-1-s-307x512 damini-6-3-s-307x512

7. Circle Of 6
Aplikasi ini membolehkan anda menambah sehingga 6 kenalan dan kemudian boleh membantu anda pada masa sukar.

20130923-132322.jpg

8. MyDistress
Aplikasi MyDistress ini merupakan aplikasi yang popular di Malaysia ianya mempunyai butang SOS yang boleh anda gunakan semasa kecemasan. Ia boleh menghubungkan anda terus kepada pihak polis jika berlaku kejadian yang tidak diingini. Aplikasi ini memerlukan anda memasukkan data peribadi anda yang dikongsi kepada pihak berkuasa.

20130923-132329.jpg

20130923-132335.jpg

9. Life360
Aplikasi ini membolehkan anda menghubungi dan menghantar mesej kepada kenalan semasa kecemasan anda. Ia juga akan menunjukkan lokasi kenalan rapat anda melalui sistem GPS. Amat mudah untuk digunakan.

20130923-132343.jpg

20130923-132355.jpg

20130923-132348.jpg

10. Familyonet
Aplikasi ini juga lebih kurang seperti aplikasi di atas dimana lokasi keluarga dan rakan terdekt yang telah diletakkan di dalam kumpulan akan dikongsi melalui sistem GPS. Selain itu juga ia mempunyai sistem mesej yang boleh dihantar jika berlaku keadaan yang tidak diingini.

20130923-132152.jpg

Tags: aplikasi keselamatan wanitaaplikasi telefon pintarapps for womengajet wanitasafety appsSafety apps for women
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan