Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

[ Tips Kesihatan ] Ingin ketahui 5 tempat makan yang berisiko menaikkan berat badan anda

by Lisa Aina
September 24, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

teve

Untuk pengetahuan anda, 5 tempat makan ini berisiko mampu menaikkan berat badan anda. Apa dia? Kena bacalah…

Makan di depan televisyen

IKLAN

Untuk pengetahuan anda, tempoh makan di depan televisyen boleh lebih lama dan boleh juga membuatkan anda ‘tidak puas’ hanya dengan satu pinggan makanan saja. Secara tidak sedar, anda boleh berjalan ke peti sejuk atau meja makan untuk mengambil makanan tambahan. Hal ini tentu akan menambahkan lagi berat badan anda. Penulis yakin ramai yang lakukan benda ini bukan kerana penulis juga seperti itu. Malah, penulis pun selalu makan depan tv…:)

Makan di meja kerja

Hal ini bukanlah pilihan yang baik bagi anda yang ingin menjaga berat badan dengan makan di meja kerja. Makan sambil bekerja akan membuatkan anda merasa lapar terus menerus. Ingat, aktiviti dan berfikir akan membuat anda mudah lapar. Bayangkan, satu pinggan makan tengah hari rasanya tidak akan cukup bila dimakan sambil berfikir dan bekerja. Anda akan menambah makan dan automatik akan membuatkan berat badan anda bertambah bila dilakukan setiap hari. Lebih baik beri masa untuk berehat dan makan di pantry / kantin / meja makan yang disediakan oleh pejabat anda.

Makan di tempat tidur

Mungkin banyak adegan seperti makan di tempat tidur dalam filem atau drama. Tapi, perlu diingatkan jangan meniru adegan sedemikian kerana ianya akan mengakibatkan berat anda makin bertambah saja. Makan di tempat tidur mempunyai kesan buruk bagi perut dan sistem pencernaan. Makan dengan duduk di tempat yang sangat empuk seperti ranjang, membuat perut juga akan terlipat lebih lama.

Makan di dalam kereta

Anda terburu-buru dan memutuskan membawa bekal makanan dan makannya di dalam kereta? Atau mencuri-curi masa semasa memandu sambil mengunyah makanan? Pilihan yang buruk dan lebih baik jangan dilakukan! Selain berbahaya, makan sambil memandu juga bukan idea yang bagus. Orang yang makan cepat sambil memandu kereta biasanya sangat tidak elok dan jangan diikuti.

Makan di dapur

IKLAN

Apa salahnya dengan makan di dapur? Tidak salah, namun jangan sambil berdiri ya! Makanlah seperti biasa, dengan duduk di kerusi pantry dapur. Makan sambil memasak atau melakukan aktiviti di dapur hanya akan membuatkan anda merasa lapar lebih dari sebelumnya. Apalagi dengan kedudukan berhampiran peti sejuk atau makanan yang baru saja masak, anda hanya akan mencapainya kerana tidak tahan dengan godaan.

sumber

Tags: [ Tips Kesihatan ] Ingin ketahui 5 tempat makan yang berisiko menaikkan berat badan anda5 tempat makan5 tempat makan menggemukkandiet kuruskenaikan berat badantempat makantips kurustips sihat
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan