Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

[ Info ] Graduan Mahir Bahasa Inggeris Mudah Dapat Pekerjaan

by Lisa Aina
September 24, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

interview-kerja

Mengikut satu kajian oleh JobStreet.com, graduan yang mempunyai kemahiran berkomuniksi, mahir dalam berbahasa Inggeris dan memohon gaji yang munasabah mempunyai peluanh lebih cerah untuk mendapat pekerjaan di negara ini. Perkara tersebut dikenal pasti selepas kajian dibuat pada  1,019 pengurusan tertinggi dalam sektor pekerjaan di Malaysia Julai lalu.

Kata Pengurus Negara JobStreet.com, kajian ini mendapati aspek kemahiran berkomunikasi, mahir dalam berbahasa Inggeris serta permintaan gaji yang wajar menjadi keutamaan golongan majikan negara ini dalam memilih pekerja baharu dalam kalangan graduan.

IKLAN

“Kajian juga mendapati majikan tidak terlalu mengutamakan latar belakang seseorang graduan sama ada dia dari insitusi pengajian tinggi awam, swasta mahupun luar negara,” katanya lagi.

Kajian itu mendapati 67 peratus percaya punca utama graduan tidak mendapat pekerjaan kerana meminta gaji yang tidak munasabah; karakter, perangai dan personalitiyang buruk (60%), kemahiran berkomunikasi yang teruk (55%), kemahiran berbahasa Inggeris yang lemah (55%) dan tiada kemahiran (42%). Bukan itu saja, suasana pekerjaan zaman ini lebih komplek dan bersifat global memerlukan seseorang pekerja mampu melakukan tugasan dengan pantas.

Tags: [ Info ] Graduan Mahir Bahasa Inggeris Mudah Dapat Pekerjaanbahasa inggerisinterview kerjapekerjaan
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan