Pelumba motosikal negara iaitu Hafizh Syahrin telah sujud syukur di Litar Navvara setelah memenangi pelumbaan kelas Moto2 Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV Repsol.Beliau merupakan juara podium (Tempat pertama) pertama anak Malaysia di eropah dalam mana-mana kejohanan dan kelas pelumbaan motosikal di Eropah. Hafizh yang berumur 19 tahun itu merupakan anak jati Selangor dan kini berada di tangga ketiga dalam kejohanan itu tetapi kini dengan 94 mata, hanya dua mata di belakang Marinelarena di tempat kedua dan 32mata di belakang pendahulu Ramos dengan hanya berbaki 3 perlumbaan.