Kalau minat pun janganlah sampai mencederakan diri sendiri. Rasanya, peminat kumpulan kpop, EXO terlalu obses dengan mereka dan hal ini sangat membimbangkan. Bila dilihat balik, hanya peminat EXO melakukan perkara sedemikian rupa, peminat kpop lain tidak pula…hmmm
Banyak betul berita mengenai peminat EXO, sebelum ini peristiwa ‘fansign’ dibatalkan kerana tingkah laku peminat yang akan memudaratkan kumpulan EXO sendiri. Dan yang terbaru, terdapat seorang peminat yang melakukan perkara ekstrem sehinggan buat ukiran/toreh ‘I Love EXO’ di pergelangan tangan tanda fanatik dan obsesnya terhadap kumpulan tersebut. Dah tu toreh sendiri gunakan pisau. Tak salah nak minat seseorang artis tapi bukan begini dengan cara cederakan diri sendiri. Ini contoh yang sangat melampau dan jangan sesekali ikut cara sebegini, ianya hanya mencederakan diri sendiri di samping merbahayakan orang sekeliling apatah lagi menyeramkan. – sumber