Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Apa dah jadi? Program Bantuan Lesen 1 Malaysia ( BL1M ) bebankan rakyat?

by Aida Sue
September 25, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

blim-6

Mesti pembaca sudah tahu mengenai bantuan baharu oleh kerajaan iaitu program Bantuan Lesen 1 Malaysia ( BL1M) kan? Program BL1M ini dibuat bagi memudahkan golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2 dan borang mula diedar mulai bulan Januari lalu manakala yuran RM199 dikenakan dan hanya akan diterima dalam bentuk kiriman wang dan diperlukan semasa penyerahan borang lengkap di pusat yang diluluskan.

Tetapi yang kurang enaknya, apabila kami melawat laman Facebook  BL1M, terlalu banyak komen negatif pengguna yang mengatakan mereka tidak mendapat servis yang baik dan sepatutnya dari pihak BL1M. Apa sudah jadi? Ramai yang komen mengatakan mereka belum lagi menerima lesen mereka meskipun telah hadir ke bengkel dan kursus yang ditetapkan. Ada juga yang meluahkan perasaan kecewa apabila pihak pengurusan BL1M dan MYEG bersikap acuh tak acuh dalam menjawab soalan mereka terutamanya mengenai hal mendapatkan lesen setelah menghadiri kursus yang ditetapkan. Selain itu juga ada yang telah pergi ke tempat yang sepatutnya untuk menduduki ujian berkomputer, tetapi tiada pihak BL1M di tempat yang dinyatakan. Memang sukar untuk mengawal keadaan kerana ini kali pertama program BL1M berjalan di peringkat nasional, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan kerana pihak berwajib sepatutnya sudah bersedia dengan lebih awal kerana mereka sudah tentu tahu sambutan orang ramai terhadap program seperti ini. Oleh kerana jumlah wang yang telah dibayar oleh pengguna lebih murah, janganlah bersikap acuh tak acuh saja.

IKLAN

Apa itu program BL1M? 

Program yang yang menawarkan harga mendapatkan lesen B2 sebanyak 50 peratus lebih rendah adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun dan yuran RM199 adalah meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori, undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Anda boleh layari laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program BL1M ini.

blim-5

 blim
blim-2 blim-3
blim-4
Tags: Apa dah jadi? Program Bantuan Lesen 1 Malaysia ( BL1M ) bebankan rakyat?bantuan lesen 1 malaysiabl1mbl1m bebaninfo bantuan lesen 1 malaysiaprogram bl1m
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan