Paul Mason mendapat mesej Facebook daripada Rebecca Mountain selepas wanita berkenaan melihat sebuah dokumentari mengenainya. Mason menjelaskan Mountain menonton dokumentari dan terfikir untuk menolong dirinnya dalam menurunkan berat badan. Pada awalnya, Mason langsung tidak terfikir hubungan mereka berdua akan menjadi romantik memandangkan Mountain hanya mahu membantu dirinya mendapatkan seseorang yang boleh membimbing dirinya turunkan berat badan. Tetapi lama-kelamaan hubungan mereka semakin berkembang dan mula berhubung melalui laman Skype.
“Kami menjadi rakan rapat dan kini menjadi pasangan bercinta,” kata lelaki berusia 52 tahun yang mencapai berat 440kg dengan makan 20,000 kalori sehari.
Bukan itu saja, saya agak berhati-hati untuk memulakan persahabatan tetapi selepas berhubung di Skype saya berasa selesa dengannya. Malah, kami berdua berbual selama 4 jam 30 minit sehari. Beliau menambah: “Saya tidak tahu apa-apa tentang dirinya tetapi kami ada juga bercakap tentang kehidupan dan bagaimana dia mahu membantu saya. Sehingga saya menyedari bahawa kami berdua lebih daripada sekadar teman sahaja. Bukan itu sahaja, Mason akhirnya teruja apabila akan berjumpa dengan teman wanita buat pertama kali. – sumber