Rasanya semua orang tahu Presiden Barack Obama adalah lelaki paling berkuasa di dunia manakala Michelle pula seorang wanita yang hebat sehingga Obama sendiri ‘takut’ kepadanya dan berjaya mempengaruhi Presiden AS itu untuk berhenti merokok. Malah, Obama sempat berseloroh mengaku beliau berhenti merokok kerana ‘takut’ pada isterinya.
Hal ini diketahui selepas Obama dilaporkan bertanya kepada seorang lelaki yang berada di sebelahnya selepas menghadiri majlis itu, sama ada dia sudah berhenti merokok. Apabila soalan itu ditanya semula kepadanya, Obama dengan berseloroh berkata: “Saya sudah tidak merokok kira-kira enam tahun lalu. Ini kerana saya takut dengan isteri saya.”
Beliau mengaku kuat merokok ketika muda dan usahanya untuk berhenti menjadi tajuk pilihan media AS ketika beliau berkempen untuk menjadi Presiden negara ini pada pilihan raya Presiden AS 2008. Malah, pada tahun pertama menjawat jawatan Presiden AS, Obama menyifatkan dirinya sudah 95 peratus sembuh daripada tabiat merokok, semuanya gara-gara takutkan isterinya, Michelle. – sumber