Seorang menteri kabinet di Malaysia telah menggesa pengguna jalan raya untuk memberi laluan kepada para VIP, orang kenamaan dan juga kerabat diraja dan menurutnya, itu merupakan sebahagian daripada budaya Malaysia. ( Patutlah, golongan atas ini tidak pernah ambil kisah mengenai kadar kesesakan di bandar besar di Malaysia ini )
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, antara sebab mengapa rakyat perlu ‘bagi jalan’ pada golongan atasan dan penting ini adalah kerana orang-orang yang diiringi mempunyai tugas rasmi untuk dilaksanakan dan perlu sampai ke destinasi mereka dalam masa yang ditetapkan. Kenapa kalau hendak menuju ke tempat yang dituju, golongan VIP dan atasan tidak keluar lebih awal? Tidakkah dengan memberi jalan pada orang ‘penting’ ini akan menyebabkan lagi jalan menjadi lebih sesak? Tidakkah rakyat juga mempunyai penting juga?
Pihak kementerian juga telah menerima aduan bahawa apabila golongan diraja hendak lalu, pengguna jalan raya tidak memberi laluan terutamanya pada waktu puncak.
“Kita mesti sedar dan menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin kerana itu adalah sebahagian daripada budaya kita,” katanya dalam satu sidang akhbar hari ini. Dan pada hemat kami, pemimpin juga perlu menunjukkan rasa hormat pada rakyat dan sama-sama memikul beban rakyat, betul tak?
Walaupun menyatakan bahawa pengguna jalan raya hanya perlu memberi laluan kepada ambulan dan kereta bomba, Hasan menegaskan bahawa memberi laluan kepada golongan atasan harus menjadi sebahagian daripada budaya tempatan.
Apa pendapat anda? [ VIA ]