Ramai yang menggunakan phone cover yang mahal untuk melindungi telefon pintar mereka kerana takut pecah dan rosak jika terjatuh. Tetapi ada juga telefon yang rosak walaupun telah dipakaikan dengan sarung telefon bimbit berkualiti tinggi dengan harga mahal. Tetapi baru-baru ini, terdapat ‘skrin pelindung telefon’ yang paling berdaya tahan meskipun telefon anda dipukul dengan tukul besi iaitu Rhino Shield.
Semasa ujian, skrin telus yang mempunyai ketebalan yang sama seperti tiga keping kertas, juga kekal tidak rosak apabilaterjatuh ketika berjalan di di jalanraya, jalan berbata dan konkrit. Pengeluar mendakwa skrin pelindung mereka yang diperbuat daripada bahan polimer boleh menyerap lima kali ganda kesan impak apabila terjadi dan ia kini digunakan pada telefon pintar iPhone dan Samsung. Ianya dibiayai oleh kempen Kickstarter yang berakhir pada Mac tahun ini dan ia kini dijual di Firebox pada harga £ 17,99 ( RM100 ). [ VIA ]