Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

[ Tips Kecantikan ] 7 Cara Untuk Mengecilkan Liang Pori di Wajah

by Aida Sue
September 26, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Liang pori yang lebih kecil membuat kulit anda kelihatan licin, lebih lembut, dan lebih muda. Terdapat beberapa perkara yang boleh membuat liang anda kelihatan besar yang boleh membuatkan kulit anda kelihatan kasar dan tidak sekata. Apabila anda mempunyai kulit lembut, anda tidak perlu mengenakan solekan pun kerana kulit wajah yang glowing anda itu pasti membuatkan mata yang memandang anda terpaku. Jadi kami ingin kongsikan beberapa tips kecantikan untuk mengecilkan liang pori wajah anda.

pori-besar
1. Mengambil kolagen

Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Amat penting untuk mencari produk yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah. Cari barangan penjagaan kulit yang meningkatkan elastin dalam kulit anda. Dapatkan produk yang mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit wajah anda.

IKLAN

2. Ambil produk yang mengandungi Vitamin C

Vitamin C adalah bahan yang benar-benar perlu jika anda mahu liang kecil. Sebagai hakikatnya, vitamin C itu sendiri akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Anda boleh mencari produk-produk yang mengandungi bahan itu atau anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makana tambahan setiap hari.

3. Buang sel kulit mati

Apabila sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil. Anda perlu mencuci muka anda setiap hari. Cari pencuci muka dan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy.

4. Buang sebum berlebihan

Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan pencuci muka yang boleh membuang minyak di wajah yang berlebihan, akan tetapi, cuba elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Terdapat beberapa topeng muka buatan sendiri anda boleh cuba buat.

5. Stimkan wajah anda 

Anda tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil. Rawatan wap sangat baik untuk wajah anda dan anda boleh buat di rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih . Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.

IKLAN

6. Bersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur

Ini adalah salah satu tip penjagaan kulit yang terbaik untuk membuat liang anda lebih kecil, tetapi majoriti wanita cenderung untuk mengabaikannya termasuk diri saya sendiri.  Ada wanita yang malas untuk mencuci wajah mereka sebelum tidur dan merungut apabila liang pori wajah mereka besar. Jadi cuba untuk membersihkan wajah anda sekerap mungkin kerana bukan sahaja liang akan tersumbat dengan lebih cepat, tetapi jerawat juga akan tumbuh di wajah mulus anda.

7. Gunakan topeng wajah /masker kecantikan

Cuba untuk gunakan topen wajah atau facemask untuk mengekalkan kebersihan wajah anda. Terdapat beberapa resepi topeng wajah yang boleh anda cuba, antaranya masker dari coklat, masker dari madu dan topeng wajah oat.

Tags: [ Tips Kecantikan ] 7 cara untuk mengecilkan liang pori di wajahkecilkan liangkecilkan liang poriliang pori besarliang pori mukasmall porestips kecantikan mudah
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan