Menurut fakta dari Biro Jenayah Kebangsaan India yang melaporkan setiap 20 minit seorang wanita atau remaja di India dirogol. Dan kes yang terbaru ialah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun telah dipaksa berbogel di sebuah balai polis di timur Uttar Pradesh, India, bagi membuktikan dirinya telah dirogol, hal ini terjadi ketika gadis berkenaan mahu membuat laporan. Mangsa didakwa dipaksa berbuat demikian selepas ibu bapanya gagal membayar wang sebanyak 50,000 rupee kepada anggota polis berkenaan. Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dipaksa berbogel di balai polis bagi membuktikan bahawa dia telah dirogol, ketika gadis berkenaan mahu membuat laporan berhubung jenayah tersebut. Selepas gagal memenuhi tuntutan berkenaan, anggota polis itu meminta remaja itu masuk ke dalam bilik dan menguncinya dari dalam serta meminta gadis itu berbogel.
“Dia bawa saya ke dalam bilik dan menutup pintu, selepas itu meminta saya membuka baju,’’ kata gadis itu.
Budak tersebut diarahkan berbuat demikian bagi meyakinkan anggota polis terbabit bahawa dakwaannya bahawa dia dirogol oleh penduduk di kawasannya adalah benar dan bukan satu pembohongan. Kejadian tersebut berlaku pada Sabtu lalu dan ketika dipaksa berbuat demikian, ibu bapa budak tersebut turut menemaninya di balai tersebut. Susulan dakwaan, suspek kes berjaya ditangkap sementara anggota polis disiasat. –sumber