NESCAFÉ, jenama kopi terkemuka di Malaysia, kini membantu pelakon dan penyanyi Shaheizy Sam dan para peminat beliau merealisasikan impian mereka menerusi kempen NESCAFÉ Cans “On the Life”, kempen yang merealisasikan cita-cita golongan muda Malaysia. Kali ini, NESCAFÉ Cans membantu Shaheizy Sam mendekati para peminat menerusi media sosial.
“NESCAFÉ Cans sinonim dengan muzik dan kami mengambil peluang keemasan ini untuk berganding bahu dengan artis seperti Sam dan mendekati peminat setianya untuk projek ini. Umumnya, Sam lebih dikenali sebagai seorang pelakon, tetapi ramai peminatnya ingin melihat beliau kembali membuat muzik, jadi kami mengambil kesempatan atas keterlibatan golongan muda dan sentimen popular bagi membawa kerjasama ini ke tahap yang lebih tinggi. Kami gembira dapat melibatkan diri dalam proses yang kreatif ini yang akan membawa Sam lebih dekat dengan peminatnya. Sam mengalu-alukan input kreatif daripada para peminatnya dan mereka digalakkan berkongsi idea dan inspirasi untuk lagu-lagu dan lirik baru menerusi media sosial, dan kami gembira dapat membantu menyediakan platform tersebut. Kami berbangga NESCAFÉ Cans mampu memupuk kreativiti di kalangan golongan muda dan membantu Sam merealisasikan impian beliau menerusi inisiatif “Anda Kuasakannya” ini,” kata Teo Heng Keat, Pengurus Eksekutif Perniagaan, Nestlé Liquid Drinks (Malaysia).
Ingin menjadi sebahagian daripada pengembaraan muzik Sam? Mahu agar impian dan aspirasi anda dilahirkan dalam muzik beliau? Ayuh peminat-peminat di Malaysia, jadilah sebahagian daripada single Sam dalam bidang muzik dengan berkongsi buah fikiran anda di Facebook and Twitter menerusi #NescafeOnSam. Siapa tahu, mungkin idea anda akan diketengahkan dalam single Sam yang akan datang.
Peminat boleh mengikuti perkembangan Sam dalam kempen Nescafé Cans melalui www.onsam.com.my dan https://www.facebook.com/shaheizy.sam.official.fanpage