Pendidikan bermula dari rumah! XIXILI memberi kesedaran kepada masyarakat dengan projek pendidikan siri ketiga ‘Love Life My’ pada tahun ini. Projek siri pendidikan ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara(BCWA ) dan Hospital Pantai sempena bulan Oktober atau Pink Month.
Secara keseluruhan, projek ‘Love My Life’ berjalan dalam 3 siri:
- Pertama: meningkatkan kesedaran di kalangan wanita
- Kedua: memberi inspirasi kepada belia dan wanita muda dengan mendidik mereka tentang kanser payudara dan pemeriksaan payudara
- Ketiga: sebarkan pengetahuan yang mendalam mengenai kanser payudara untuk pelanggan dan orang awam dengan sokongan daripada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara(BCWA ) dan Hospital Pantai.
Dalam bahagian pertama siri ini, akan diadakan sesi bengkel yang dijalankan oleh BCWA untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan BSE dan kemudiannya diberikan ujian payudara pemeriksaan kesihatan bagi semua kakitangan korporat di Hospital Pantai.
Bukan itu sahaja, remaja daripada umur 18 hingga 22 tahun dijemput ke Pink fantabulous ‘Love My Life’ parti Hi-Tea yang diadakan di Butik XIXILI di Sunway Pyramid. Ketika Pink fantabulous ‘Love My Life’ Hi -Tea parti, mereka juga dibimbing cara pemakaian XIXILI dan diberikan tips-tips kecantikan dari Benefits Cosmetics.
XIXILI juga akan menjalankan promosi khas bagi mana-mana wanita yang telah menjalankan mamogram atau ultrasound payudara dengan Hospital Pantai atau Gleneagles Hospital di seluruh negara sempena bulan Oktober/Pink.
Yang menarik lagi ialah pada bulan Pink Oktober, pesakit yang melakukan mamogram mereka atau ultrasound payudara, akan layak menerima baucar rebat RM50 untuk pembelian produk XIXILI daripada RM100 dan ke atas dalam satu resit.