Wanita ini ketagih atau gian untuk memasuki 100 pertandingan setiap hari. Bayangkan setiap hari, wanita ini hantar pernyataan pertandingan. Hebat ke tidak ? Kim Searle berusia 50 ini berasal dari Powys. Wanita ini yang juga penjual buku mengusahakan perniagaan secara talian bersama suaminya telah memasuki beratus-ratus pertandingan sejak tahun 1989 hingga kini. Bukan itu sahaja, hasil daripada semua pertandingan yang dimasukinya dia berjaya mengumpul pelbagai hadiah berjumlah lebih dari RM430,000 sejak itu.
Menurut Searle, dia menghantar hampir 100 penyertaan untuk pelbagai pertandingan setiap hari dan antara hadiah kemenangan yang diterimanya ialah pakej percutian ke Australia, Disneyland dan Hawaii sehinggalah kepada barangan rumah. Antara hadiah yang telah dimenangi ialah televisyen berskrin rata, permainan video, pakaian, gajet, hinggalah set bilik tidur. Yang menariknya, dia tidak perlu memberi barangan dapur kerana hampir semua dipenuhi dengan hasil pertandingan yang disertainya seperti pembancuh kopi dan pembakar roti. – sumber