Larian Adidas King of the Road 2013 juga dikenali sebagai KOTR adalah kejohanan larian yang diadakan di 5 buah negara di Asia Tenggara, iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia. Adidas KOTR dianjurkan di kawasan-kawasan bandar dan acara kemuncaknya ialah Adidas KOTR Championship Race, yang akan dihoskan oleh negara yang berbeza setiap tahun dan tahun ini Malaysia terpilih sebagai tuan rumah. Perlumbaan ini akan diadakan di Lebuhraya Pantai Baru(NPE), Sunway Piramid pada 20 Oktober 2013, hari Ahad pada jam 6.45 pagi. Sehubungan dengan itu, lebuhraya NPE akan ditutup pada hari tersebut, bagi memudahkan sesi perlumbaan berlangsung. Oleh itu, sila ambil alternatif jalan yang lain. Pemenang untuk acara ini juga bakal menerima pelbagai hadiah yang ditawarkan.
Jarak perlumbaan kejohanan adalah 16.8km. Pada kali ini, satu kategori baru juga akan diperkenalkan pada tahun ini – perlumbaan 10km junior untuk mereka yang berusia antara (15 – 17 tahun).
Tarikh Perlumbaan Di Asia Tenggara
7 Julai – Filipina
11 Ogos – Singapura
IKLAN
8 September – Thailand
29 September – Indonesia
20 Oktober – Malaysia
Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://adidaskingoftheroad.
Bayaran pendaftaran