Sekarang ini, pemakaian denim tidak lagi terhad dengan seluar jeans sahaja. Denim kini telah dipelbagaikan helainya. Malah, denim sangat sesuai untuk gaya kasual dan juga formal. Kami wanista kongsikan sedikit tips cara pemakaian denim.
TIPS:
- Elakkan memilih rona lusuh dan koyak untuk semi formal. Tampil kemas dengan denim biru dipadankan dengan aksesori yang tidak terlalu menonjol.
- Pemakaian denim atas denim boleh, tapi pilih perincian atau rona yang berbeza. Lebih menarik jika kamu padankan dengan baju atau seluar berpotongan unik untuk tampil lebih relaks.
- Tahukah anda makin lama usia denim makin tampak bernilai? Jadi, untuk memulakan musim baru, gandingkan denim musim lepas dengan item atau aksesori yang bakal hit musim depan.
- Untuk gaya yang lebih klasik dan santai, cukup sekadar seluar denim dan kameja-T atau kameja putih. Pointed heels bagi perempuan, dan ankle boot buat lelaki boleh menyuntik elemen seksi tanpa perlu mendedahkan bahagian tubuhmu.