Semalam kami keluarkan artikel tentang kurangnya pengambilan mengakibatkan seseorang itu pendek. Ianya menurut kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan Thailand.
Walaubagaimanapun lain pula yang terjadi di Indonesia. Apabila masyarakat sana berpendapat minum susu membuatkan seseorang itu gemuk. Menurut kajian seorang pakar pemakanan dari Fakulti Kedoktoran Universiti Inodonesia, Dr. Fiastuti Witjaksono menjelaskan kekerapan minum susu tidak akan membuatkan seseorang itu menjadi gemuk. Hal ini terjadi apabila terdapat sebahagian orang dewasa yang tidak mahu minum susu kerana berpendapat minuman itu boleh menyebabkan kegemukan. Pada mereka susu hanya baik untuk kanak-kanak dalam proses tumbesaran berbanding dewasa.
Untuk pengetahuan anda, susu mengandungi karbohidrat, protein, lemak, vitamin A, kalsium dan zat besi selain dapat menguatkan lagi daya tahan penyakit. Justeru, susu baik untuk kanak-kanak dan golongan dewasa jika mereka meminumnya.
“Seseorang itu menjadi gemuk kerana dia mengambil terlalu banyak kalori tetapi bukannya disebabkan meminum susu,” katanya.
Menurutnya, susu mengandungi kalori sama seperti makanan lain. Namun, kata Fiastuti, kalori yang terdapat dalam susu atau makanan lain tidak akan mengakibatkan kegemukan jika seseorang itu turut melakukan senaman untuk membakar lemak dalam tubuh badan.
“Misalnya, satu gelas susu mengandungi 122 kalori. Justeru, untuk membakar lemak, kita perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan dengan kadar yang laju selama 25 minit. Dia menggalakkan orang dewasa meminum susu sebanyak satu atau dua gelas sehari demi kebaikan kesihatan mereka. – Agensi