Tragedi kenduri ini telah mengorbankan seramai tiga orang dan 65 orang telah ditahan di wad akibat keracunan makananselepas menghadiri satu majlis kenduri perkahwinan di Tanjung Dawai pada hari Sabtu lepas. Difahamkan, seorang mangsa berusia lingkungan 11 tahun iaitu Mohammad Norraahmad Yusof meningal dunia di Hospital Yan, Ibrahim Mohamad, 62, meninggal di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani kira-kira jam 6.30 petang manakala seorang lagi mangsa iaitu Nurshazana Mohd Rashid berusia 24 tahun dihantar ke Hospital Sungai Petani dilaporkan telah meninggal dunia.
Hidangan jamuan berlauk ayam masak merah, gulai terung ikan talam dan kerabu pucuk paku dikatakan menjadi menu utama yang dihidangkan kepada hadirin di majlis kenduri berkenaan.
[ VIA ]
Takziah kami ucapkan pada keluarga mangsa. Kadang-kadang kenduri ni kateringnya pun kena jaga. Penulis pernah mengalami situasi keracunan makanan semasa musim perayaan gara-gara makanan yang disediakan oleh pihak katering basi dan tidak elok. Mereka hanya memikirkan keuntungan tetapi tidak mementingkan kualiti makanan.