Untuk pengetahuan anda, semalam dunia dikejutkan dengan berita operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan secara rasmi selepas Kongres menolak rancangan pelan kesihatan yang dibawah pentadbiran Presiden Barack Obama. Malah, ia merupakan pertama kali berlaku dalam tempoh 17 tahun.
Dewan Senat yang diketuai Demokrat enggan menyokong cadangan Dewan Rendah yang diketuai Republikan dengan undian 54 menolak 46 menyokong. Dewan Rendah pada Jumaat menyertakan pindaan bersama bajet yang diluluskan Senat meminta agar perlaksanaan pelan kesihatan Obama ditunda untuk tempoh setahun. – awani
Perkembangan tersebut sekaligus mengakibatkan kakitangan kerajaan persekutuan terpaksa menghentikan kerja mereka kecuali beberapa sektor kritikal. Perkhidmatan seperti kawalan sempadan, pemeriksaan dan juga trafik udara akan kekal beroperasi walaubagaimanapun pengeluaran passport akan tergendala. Bukan itu sahaja, tempat-tempat awam juga terpaksa ditutup berikutan kerajaan ditutup secara rasmi. Hal ini bermakna, lebih daripada 700,000 pekerja kerajaan terpaksa diberhentikan ataupun tidak dibayar. – BBC
- ABC World News Now: Penutupan Kerajaan Selepas Penggubal undang-undang Gagal Setuju Rang Undang-Undang Pembiayaan. Penutupan kerajaan pertama dalam hampir 2 dekad meninggalkan banyak agensi kena tutup.
Penutupan Amerika Syarikat: Negara-negara lain keliru