Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Laporan Audit Negara 2012 : terlalu banyak penyelewengan dan pembaziran

by Aida Sue
October 2, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Sekali lagi negara dikejutkan dengan berita penyelewengan yang berlaku di Malaysia selepas pembentangan laporan ketua audit negara bagi tahun 2012. Menurut laporan, ketua audit negara mempersoalkan bayaran sebanyak RM320,000 oleh kementerian kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian menerusi Facebook dan Twitter. Perbelanjaan mewah itu dibuat oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai semasa menjadi Menteri Kesihatan iaitu bayaran kepada Eficaz Media Sdn Bhd sebanyak RM199,068  untuk kempen di Facebook, manakala bayaran sebanyak RM120,500 dibuat untuk kempen Twitter ‘Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit’  kepada  Astonish View Sdn Bhd. Rasanya buka akaun Twitter adalah PERCUMA, dan bayaran sebanyak ratusan ribu adalah SANGAT TIDAK RELEVAN. Laporan itu maklum bahawa Eficaz Media dilantik untuk gtempoh Julai sehingga Disember 2011 dan bayaran penuh dibuat berdasarkan jumlah ‘Likes’ yang diperolehi laman itu, yang ditetapkan sebanyak 100,000. Dan mungkin bagi agensi kerajaan yang tidak tahu, jumlah LIKES di Facebook kini boleh dibeli secara pukal.

Selain dari itu juga, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak telus dalam pembayaran artis dari Korea pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya kerana dalam laporan audit negara, tercatit nilai pembayaran seperti dibawah. Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet. Persembahan itu adalah antara 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang lima hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

IKLAN

ag-report

Selain dari itu juga, bagi Kementerian Pertahanan, semakan audit mendapati 30 kontrak yang dimeterai antara tahun 2010 hingga 2012 yang bernilai RM47.96 juta sepatutnya hanya menelan belanja RM13.46 juta atau 28.1% daripada nilai keseluruhan kontrak.

ag-report-2

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati kementerian tersebut membuat pesanan bagi 300 beg galas dengan kos RM19,500 dan 3,500 buku nota pada harga RM19,250 dengan slogan ‘Smoking, a stupid habit for stupid people (Merokok, satu tabiat bodoh untuk orang bodoh)’ dan kempen tersebut tidak sesuai dan rugi sebanyak RM38,750.

Jadi… macam mana dengan kenyataan di bawah. Anda bersetuju?

rasuah

Tags: audit kkm12audit negara selewengduit rasuah malaysiakonsert kpop karnival belia negaralaporan audit negara 2012Laporan Audit Negara 2012 : terlalu banyak penyelewengan dan pembaziranmalaysia majumalaysia negara rasuahrasuah seleweng
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan