Pola hidup yang sihat boleh bermula dengan mengambil makanan yang sihat. Sebagai pengguna, anda harus mula belajar menjadi pengguna yang bijak. Bijak dalam memilih makanan yang akan dimakan dan bijak dalam melihat pengambilan pemakanan yang ada pada label makanan supaya anda dapat mengambil makanan yang tepat. Namun sebagai orang awam, pelbagai macam istilah dan kandungan yang terdapat dalam label makanan sering kali membuat anda bingung. Oleh kerana itu, kami sedia membantu masalah anda.
Jangan hanya fokus pada kandungan lemak atau kalori
Memang lemak dan kalori tidak baik untuk tubuh dan anda harus menghadkan jumlahnya dalam tubuh. Namun lemak dan kalori bukanlah satu- satunya yang terdapat dalam makanan. Ada kandungan gula atau natrium yang juga harus anda perhatikan. Secara sederhana setiap hari anda hanya memerlukan kurang dari 20 gram lemak dan kurang dari 10 gram gula. Untuk natrium sendiri anda memerlukan 120-300 miligram. Dan terakhir, anda memerlukan 300 gr karbohidrat sehari.
Sedikit itu lebih baik
IKLAN
Apabila anda hendak membeli makanan, perhatikan setiap kandungan yang terkandung pada label makanan. Semakin sedikit bahan yang terkandung maka baiklah makanan tersebut kepada anda.
Berhati – hatilah dengan perkataan rendah lemak
Coklat rendah lemak, susu rendah lemak, dan biskut rendah lemak memang kedengarannya menggiurkan malah sihat bagi anda yang sedang menjalani program diet. Tetapi anda sebaiknya juga harus berhati- hati dengan perkataan tersebut kerana makanan rendah lemak tersebut boleh saja mengandungi kalori yang tidak anda perlukan. Sekali lagi, berpeganglah pada jumlah kalori yang anda perlukan setiap harinya. – sumber