Untunglah pelakon Shahrizal Jaszle atau dengan nama glamour Shah Jaszle kerana diterima kembali oleh keluarga tunangnya, Redzwani Puteri selepas ditangkap khalwat. Mereka telah memutuskan tali pertunangan gara-gara insiden itu tetapi oleh kerana cinta sejati, mereka sanggup ketepikan segala tohmahan dan kontroversi.
Shah ditangkap khalwat bersama seorang wanita yang berumur 21 tahun sekitar Mei lalu dan berkata insiden itu merupakan satu perangkap kerana ingin menjatuhkan nama baiknya. Sekarang ini, Shah sedang sibuk bekerja untuk mengumpul wang dan berkahwin dengan tunangnya itu dan sibuk dengan penggambaran drama Dendam Lima Beradikarahan Along Kamaludin Bukan senang okay nak terima balik bila berlaku hal seperti ini, harapnya Shah betul-betul hargai pengorbanan tunang dan keluarga tunangnya itu. [VIA]
Pelakon Shahrizal Jaszle bersyukur apabila keluarga tunangnya, Redzwani Puteri yang sebelum ini memutuskan tali pertunangan gara-gara kontroversi tangkap khalwat sudah menerimanya kemabli. Shahrizal berkata, dia tidak sangka akan diterima semula oleh keluarga Redzwani dalam jangka masa yang singkat iaitu pada pertemuan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu. “Saya faham situasi keluarga Redzwani yang mesti risau adakah saya layak untuk menjadi suami Redzwani selepas kontroversi tercetus. Dan ia semestinya mengambil masa yang lama untuk mereka percaya kepada saya. “Tetapi, Alhamdulillah mereka sudah terima saya semula pada Hari Raya lalu dan hubungan saya dan Redzwani sendiri semakin kukuh. Syukur,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa. Pada 16 Mei lalu, Shahrizal ditahan bersama Farah Nurizzati Salleh, 21, atas kesalahan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.