Pelakon muda yang baru berusia 28 tahun iaitu Amar Bahrin kini dikatakan bercinta dengan primadona Erra Fazira yang juga merupakan isteri kepada Engku Emran dan seorang ibu kepada seorang cahaya mata perempuan. Cuma kami kurang pasti sama ada Erra dan Emran kini masih bersama lagi atau tidak, kerana kami telah mendengar bisik-bisik yang mengatakan pasangan ini sudah lama berpisah. Walau bagaimanapun, Amar menyangkal dakwaan ini dengan berkata Kadang-kala apabila difikirkan, gosip itu sebenarnya kelakar dan dia sendiri tidak faham mengapa ada pihak yang ingin membuatkan gosip seperti ini. Amar juga dikatakan menjadi punca keretakan rumahtangga Erra dan Emran. Tetapi yang kami dengar lain pula? Hmmm, harapnya ini adalah sekadar gosip.