Drama hit ‘Boys Over Flowers’ versi Amerika? Ya, drama hit ini akan dibuat semula tapi kali ini versi Amerika pula. Drama versi Amerika ini akan memulakan pengambaraan pada 21 Oktober 2013 di sekitar Los Angeles, Amerika Syarikat. Malah, nama drama juga ditukar kepada ‘Boys Before Flowers’. Nak tahu siapa bakal membawakan watak Goo Jun Pyo? Geum Jan Di? Ahli F4? Kami dedahkan gambar yang diperoleh dari sumber Dramafever.
Produser yang akan menghasilkan drama ini menjelaskan drama versi Amerika masih sama dengan konsep asal cuma yang membezakannya ialah jalan cerita, ada berlaku perubahan dari segi budaya dan adat di sini. Jika begitu, diharapkan drama versi Amerika ini sama hebat seperti drama asal. Anda boleh baca lebih lanjut tentang drama Boys Before Flowers di sini.
Riley Rae Baker sebagai Zoey (Geum Jan Di)
Joseph Almani sebagai Liam Montgomery (Goo Jun Pyo)
Trenton Culkin watak (Yoon Ji Hoo)
Napoleon Tavale sebagai Chase Carlton (So Yi Jung)
Jason S. Mordeno sebagai Noah McCallster (Song Woo Bin)