Marina Bay Sands telah bergabung dengan Showbiz International, syarikat pembungkusan tiket yang terkemuka di Singapura, dengan mewujudkan satu web tempahan yang baru, MarinaBaySands.com/Packages, dengan tarikan dan acara-acara yang digabungkan di seluruh resort tersebut. Apa yang menarik ialah pengguna mendapat manfaat dengan akses kepada tiket hiburan melalui tawaran Marina Bay Sands, daripada pra-show di restoran terkemuka, khidmat Vip dan banyak lagi.
Selain itu, banyak pertunjukan hit dan menarik bakal berlangsung di sana, antaranya ialah The Merchants of Bollywood dan Notre Dame de Paris akan diadakan di MasterCard © Teater dari bulan November 2013. Anda boleh ke laman web yang kami berikan untuk keterangan lanjut.
Dikuasakan oleh Showbiz, tiket perkhidmatan Marina Bay Sands membolehkan tetamu untuk memilih pakej dari kategori:
Show & Stay
Show & Dine
The Ultimate Experience