Produk wangian dari Perancis iaitu Enchanteur Paris telah memperkenalkan duta baru produknya iaitu pelakon muda yang mula terkenal dengan lakonannya di dalam drama bersiri Spa Q iaitu Nelydia Senrose. Pemilihanan Nelydia amat tepat kerana beliau merupakan seorang wanita yang muda dan mempunyai kelas tersendiri yang sesuai dengan wangian Enchanteur untuk golongan wanita yang sukakan haruman yang semerbak ini. Produk Enchanteur Paris juga telah memperkenalkan pembungkusan baharu minyak wangi yang lebih classy yang terdiri daripada Belle Amour (Beautiful Love) , Mon Amie (My Friend), Captivant (Captivating) dan Adore (Adore/Adorable) . Selain itu juga, terdapat beberapa produk lain di bawah jenama Enchanteur Paris ini iaitu deodorant dan losyen badan.
Bagi anda yang inginkan maklumat lanjut mengenai produk dari Enchanteur Paris ini, anda boleh layari http://www.enchanteur.com.my/