Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kecantikan

[ Tips Rambut Sihat ] 3 Bahan Semulajadi Untuk Rawat Rambut Berkelemumur

by Aida Sue
October 9, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Sama seperti kulit , rambut adalah anggota tubuh yang harus dijaga dengan baik kerana ianya agak sensitif terutamanya bahagian kulit kepala. Mengabaikannya bererti kita memberi ruang untuk kita mengalami masalah di bahagian kepala ini .

Satu persoalan rambut yang banyak ditemui tidak kira pada lelaki mahupun wanita adalah masalah kelemumur. Walaupun kedengarana seperti masalah yang remeh, tetapi ini merupakan hal yang mengganggu kita. Pada masa kini, terdapat banyak produk khusus untuk mengurangkan kelemumur tak kiralah produk mahal ataupun murah. Tetapi tahukah anda yang masalah kelemumur ini boleh diatasi dengan 3 bahan semulajadi di sekeliling kita? Jom kita lihat apakah bahan tersebut.

1 . Minyak kelapa

IKLAN

minyak-kelapa

Minyak kelapa boleh digunakan untuk menghilangkan kelemumur. Caranya adalah dengan mengurut kulit kepala dua kali dengan minyak kelapa yang agak suam. Minyak kelapa membantu merawat akar rambut. Namun jangan terlalu lama membiarkan minyak kelapa berada di kulit kepala kerana minyak kelapa juga boleh menutup liang-liang kulit. Segera cuci minyak kelapa di kepala selepas satu jam. Anda akan lihat perbezaannya.

2. Yogurt

yogurt_bowl

Yogurt bukan sahaja memberikan nutrisi pada tubuh badan kita, tetapi juga bagi rambut anda. Caranya adalah campurkan satu cawan yogurt , satu sudu teh air lemon , satu sudu teh mustard. Campurkan bahan -bahan tersebut , kemudian sapu rata pada kulit kepala. Biarkan selama satu jam. Kemudian bilas kepala dan rambut sehingga bersih.

3. Telur

DANDRUFF

Telur juga boleh memberikan manfaat bagi kesihatan rambut anda dengan mengurangkan kelemumur . Caranya, kacau dua butir telur hingga berbuih. Kemudian letakkan pada kulit kepala dan bersihkan selepas satu jam. Anda juga boleh campurkan telur dan minyak zaitun serta sapukan pada kulit kepala anda dan basuh sehingga bersih.  Telur adalah salah satu bahan penting bagi penjagaan rambut sejak zaman dahulu.

IKLAN

Selamat mencuba!

Tags: [ Tips Rambut Sihat ] 3 Bahan Semulajadi Untuk Rawat Rambut Berkelemumurdiy dandruffminyak kelapa kelemumurrambut kelemumurtelur kelemumurtips rawat rambut kelemumur
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan