Seorang wanita melahirkan anak seorang diri di sebuah taman dekat luar sebuah klinik umum di Mexico. Tapi persoalannya kenapa wanita tersebut lahirkan anak di luar klinik?
Laporan mengenai wanita daripada suku Orang Asli itu mencetuskan kemarahan di media sosial. Foto yang diterbitkan di akhbar dan media sosial menunjukkan Irma Lopez, 28, berlutut sambil menangis di taman bersama seorang bayi yang masih bertali pusat di luar pusat kesihatan awam di Oaxaca.
Kejadian berkenaan mencetuskan kemarahan rakyat di rangkaian laman media sosial. Mereka mengecam perkhidmatan pusat kesihatan yang berkualiti dan diskriminasi terhadap Orang Asli di negara itu. Menurut sumber juga, wanita tersebut terpaksa melahirkan anak di luar klinik kerana masalah komunikasi, rata-rata pengurusan klinik dan hospital tidak memahami bahasa pertuturannya. Bukan itu sahaja, wanita tersebut terpaksa menunggu masa yang lama hanya untuk dapatkan khidmat doktor. sumber 1 dan 2