Bruce Jenner dan Kris Jenner mengeluarkan satu kenyataan kepada E! News mengesahkan bahawa mereka telah berpisah selepas 22 tahun berkahwin.
“Kami hidup secara berasingan dan kami lebih bahagia dengan cara ini. Tetapi kami akan sentiasa menghormati satu sama lain. Walaupun kami berpisah, kami akan sentiasa kekal sebagai kawan dan seperti biasa keluarga menjadi keutamaan kepada kami.”
Khabar angin mengenai masalah perkahwinan telah membayangi Jenners selama berbulan-bulan, tetapi mereka hanya mendiamkan diri sahaja.