Kao Men’s Bioré telah memperkenalkan Pencuci Muka Double Scrub baharu dan terkini untuk menangani masalah kulit yang dihadapi oleh lelaki yang mudah terdedah kepada kulit berminyak dan bintik hitam yang menyebabkan mencuci muka dengan pembersih muka biasa kurang berkesan namun pencuci muka jenis skrub pasti dapat menyelesaikan masalah-masalah kulit yang dihadapi. Rangkaian Pencuci Muka Men’s Bioré Double Scrub baharu, produk pencuci muka jenis skrub yang ideal untuk lelaki aktif hari ini. Diformulasikan dengan ‘Advanced Scrub Technology’ dengan ‘Micro-crushable Scrub’ dari Jepun, Men’s Bioré Double Scrub berfungsi dengan berkesan dalam menanggalkan minyak dan kotoran kulit muka. Pencuci muka Men’s Bioré Double Scrub baharu terdapat dalam empat varian iaitu ‘Double Scrub Deep Clean’, ‘Double Scrub Deep Clean Extra Cool’, ‘Double Scrub Oil Clear’ and ‘Double Scrub Bright Clean’.
Bersempena dengan pengenalan rangkaian Men’s Bioré Double Scrub baharu, Kao Men’s Bioré juga telah melantik Zulfahmi Khairuddin, pelumba Moto3 Dunia Motosikal Grand Prix dari Malaysia, sebagai duta jenamanya.
Rangkaian Double Scrub baharu ini menawarkan pembersihan dwi tindakan; Skrub Hitam menyerap minyak yang berlebihan dan menghilangkan bintik hitam pada kulit manakala Skrub Putih membersihkan jauh ke dalam liang roma, bukan sahaja untuk membersihkan kotoran tetapi juga menanggalkan sel-sel kulit kusam dan kulit mati. ‘Micro-crushable Scrub’ ini akan memecah menjadi skrub mikro yang lebih kecil bagi membolehkan pembersihan secara mendalam ke dalam liang-liang roma.
Setiap satu daripada empat varian menawarkan fungsi dan kelebihan berbeza untuk disesuaikan dengan masalah kulit lelaki berdasarkan pilihan mereka.
• ‘Double Scrub Deep Clean’ mengandungi skrub Hitam dan Putih yang berkesan menghilangkan bintik hitam dan sel-sel kulit mati untuk kulit bersih, bebas-minyak dan sihat.
• ‘Double Scrub Deep Clean Extra Cool’ mempunyai fungsi yang sama seperti Double Scrub Deep Clean tetapi menawarkan sensasi dingin dan kesegaran ekstra selepas setiap kali mencuci muka.
• ‘Double Scrub Oil Clear’ mengandungi skrub Hijau dan Putih serta Black Tea yang berkesan menanggalkan minyak yang berlebihan untuk kulit bersih dan bebas minyak. Ia juga memberikan kulit rasa dingin dan kesegaran ekstra selepas setiap kali mencuci muka.
• ‘Double Scrub Bright Clean’ mengandungi bukan sahaja Skrub Hitam dan Putih tetapi Charcoal yang bertindak bersama-sama dengan berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit kusam dan kulit mati untuk tona kulit yang cerah dan sekata.
Pencuci Muka Men’s Bioré Double Scrub baharu dijual pada harga RM13.90 (100g) danRM7.50 (50g). Rangkaian Pencuci Muka Men’s Bioré Double Scrub baharu boleh didapati di semua peruncit utama, farmasi, pasar raya besar dan kedai runcit. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Men’s Bioré, sila layari www.kao.com/my/mensbiore/