Kelmarin, sebuah restoran rangkaian makanan segera di Bukit Raja iaitu McDonald’s , diarah tutup selepas stor makananya didapati kotor berikutan kehadiran najis tikus yang dikesan dalam pemeriksaan rutin pihak berkuasa terbabit.
Arahan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Daerah Klang yang mendapati ia gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Seksyen 11, Akta Makanan 1983 kerana tidak mematuhi elemen penting kebersihan seperti kehadiran tikus, lipas dan serangga.
Menurut akhbar Harian Metro,tindakan diambil selepas pasukan pemeriksa dari jabatan terbabit mengesan najis binatang berkenaan dalam stor makanan premis itu sebelum arahan penutupan dilakukan.Berikutan itu katanya, restoran berkenaan diberikan notis penutupan selama dua minggu bermula kelmarin namun dibenarkan beroperasi selepas dua hari ditutup dengan pemeriksaan rapi jabatan kesihatan.
Kami pernah memaparkan artikel mengenai restoran yang sama yang mempunyai masalah yang lebih kurang sama dimana seorang pelanggan mendakwa telah menjumpai telur lipas di dalam burgernya yang dibeli dari salah sebuah restoran McDonald’s. Tetapi kami rasa najis tikus itu sangat melampau kerana dikhuatiri boleh membawa penyakit berbahaya seperti kencing tikus,keracunan makanan dan sebagainya.
Telur Lipas Dijumpai Dalam Burger Samurai Chicken Burger McDonald’s Mont Kiara
Penjelasan Pihak McDonalds Berhubung Isu Telur Lipas Yang Dijumpai Dalam Samurai Chicken Burger