Bintang dunia, Psy bekerjasama dengan vokalis daripada Aerosmith, Steven Tyler untuk lagu terbarunya. Baru-baru ini, dalam temu bual dengan L’ Uomo Vogue Itali untuk terbitan Oktober, Psy berkongsi berita yang dia baru sahaja selesai merakamkan lagu dengan artis legenda Steven Tyler.
Aerosmith adalah band rock Amerika terdiri daripada 5 anggota yang ditubuhkan pada tahun 1970. Band ini telah mengeluarkan lebih daripada 30 album platinum. Secara keseluruhan, 150 juta salinan telah dijual di seluruh dunia, beberapa lagunya telah memecah rekod di Amerika Syarikat. Steven Tyler iaitu vokalis Aerosmith juga merupakan bapa kepada Liv Tyler, seorang pelakon terkenal.
Psy menambah ketika saya berada di sekolah menengah, saya sangat menyukai dan kagumi mereka malah kesemua lagunya saya ketahui dan kini saya bekerjasama dengan Steven Tyler. Untuk pengetahuan anda, Psy dan Steven Tyler bertemu di Social Star Awards yang berlangsung di Singapura. Malah, Psy turut muat naik gambar kolaborasinya di sosial media. Lagu kerjasama mereka berdua belum dikeluarkan. – sumber