Salah satu cara yang menyenangkan untuk ‘me time ‘ paling banyak dipilih wanita adalah rawatan tubuh di spa. Namun harganya kadang-kala terlalu mahal untuk dilakukan sekerap yang kamu mahu. Ingin memanjakan diri dengan cara yang jimat? Lakukan spa sendiri di rumah.
IKLAN
- Pertama bersihkan wajah dengan pembersih yang sesuai bagi kulit kamu. Lakukan penyejatan dengan cara merendam ke dalam air panas. Biarkan wajah menyerap wap selama 5-6 minit untuk membuka liang dan mengeluarkan kotoran secara berkesan. Kemudian oleskan masker wajah sambil urut kulit selama beberapa saat dan biarkan. Tutup mata dengan potongan timun untuk menenangkan dan menyegarkan kawasan mata.
- Kedua, rawat rambutmu dengan penyegar semulajadi iaitu avokado. Selain murah, avokado boleh membuat rambut berkilau dan bersinar tanpa takut menderita alergi. Tumbuk hingga halus dan sapukan langsung pada rambut agar rambut ternutrisi. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.
- Anda boleh cuba juga gunakan langkah membersihkan kulit tubuh dengan menggunakan sabun wangi yang menenangkan untuk tubuh anda. Pilihlah sabun yang mengandungi pelembap dan diperlukan oleh tubuh seperti LUX Velvet Touch dapat membuat kulitmu tampil cerah bercahaya yang mengesankan dengan wanginya yang mempesona.
Berapa yang kamu habiskan untuk memanjakan diri ala spa di rumah ini? Murah bukan?