Pernahkah anda membayangkan daging giling yang anda beli berbentuk unik? Sebuah pasar moden bernama Uwajimaya Asian Food And Gift Market, menjual deretan daging giling dengan bentuk yang sangat unik dan menarik. Anda boleh mencari daging giling yang dipamerkan di sana dengan bentuk watak Jepun seperti Sonic, Dragon Ball, Pokemon dan sebagainya. Uniknya lagi, Uwajimaya yang menjual produk ini terletak di Seattle, bukan di Jepun.
Dengan bentuk yang unik seperti ini, pihak jualan dan pemasaran cuba mencari cara untuk menarik perhatian pembeli. Salah satu ialah dengan pengubahsuaian bentuk daging giling – menonjolkan pelbgai bentuk menarik bagi menarik pembeli. Uwajimaya adalah sebuah pasar moden yang menjual pelbagai keperluan ala Asia. Pasar ini sudah terbina sejak tahun 1928 dan mempunyai cawangan di Washington serta Oregon. Barang yang dijual biasanya adalah bahan segar seperti makanan laut, daging dan pelbagai lagi barang dari Asia. – sumber