Tahukah anda bahawa daging kambing adalah daging paling banyak digunakan di dunia, hampir 70% dari keseluruhan daging merah yang dimakan secara global. Secara nutrisi, daging kambing boleh dikatakan tinggi dari segi kandungan nutrisi.
Bahkan untuk kandungan lemaknya, menurut berita yang dikeluarkan oleh Washington Post, daging kambing jauh lebih sedikit lemak, sehingga setengah dari lemak daging ayam.
Berdasarkan kajian klinikal oleh Harvard University yang ditulis kembali oleh Astroawani.com, lemak tepu memang telah menyumbang terhadap serangan jantung, sedangkan lemak tak tepu boleh membantu meningkatkan kolesterol baik dan menstabilkan degupan jantung yang akan memberikan manfaat bagi kesihatan.
Untuk setiap 3 ounce daging kambing mengandung 63.8 miligram kolesterol, sedangkan daging ayam mengandung 76 miligram. Selain itu, daging kambing mengandungi zat besi yang tinggi, iaitu mencapai 3.2 miligram, sedangkan daging lembu hanya 2.9 miligram dan ayam dengan dua hidangan lebih banyak hanya mengandungi 1.5 miligram.
Jadi, adakah anda masih mengelakkan untuk makan daging kambing? Daging kambing boleh menjadi pilihan alternatif untuk sumber protein anda, tetapi jangan berlebihan. Apapun yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan.