Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living Health

Hadiah mahal tanda sayang pasangan?

by Wanista Newsdesk
October 16, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

20131016-125348.jpg

Pemberian hadiah, mahal atau tidaknya, memang menyenangkan dan biasanya sangat dihargai. Hal ini pada umumnya dikaitkan dengan bentuk perhatian. Tetapi pemberian hadiah dalam rangka menebus tiap kesalahan, pada umumnya sangat tidak digalakkan.

Secara tidak langsung bermakna dia hendak mengatakan bahawa dia membeli maaf anda dengan hadiah. Bererti nilai anda di mata pasangan anda hanya seperti hadiah itu. Jika anda terbiasa memberi pasangan anda hadiah ketika anda melakukan kesalahan, maka apabila anda memberikan hadiah bukan kerana anda melakukan kesalahan pasangan anda akan curiga bahawa anda telah melakukan kesalahan.

IKLAN

Bagaimana jika pasangan anda kerap kali meminta diberikan hadiah dan anda memang tidak sanggup untuk memberikannya? Jika pasangan anda terus-menerus meminta diberikan hadiah, anda boleh mengajaknya berbincang dan menjelaskan keadaan anda. Teguran yang penuh kasih sayang merupakan salah satu bentuk kasih. Ada kalanya jika anda terus-menerus memberikan hal yang diminta oleh pasangan anda, itu sebenarnya anda bukan mengasihi dirinya.

Seseorang yang sungguh mengasihi pasangannya tidak akan mencari kepentingan sendiri, tidak akan mencari keuntungan sendiri. Jika pasangan anda seperti itu, sebenarnya dia tidak mencintai anda, tetapi lebih ke memanfaatkan anda untuk memperoleh yang diinginkannya.

Tags: hadiah mahalhadiah mahal tanda sayanghubungan cintaisu hubungan cintakekasih hadiah mahalmasalah kekasih
ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan