Semalam kami berkesempatan untuk hadir ke majlis perasmian kempen oleh jenama coklat terkemuka di Malaysia iaitu Cadbury Dairy Milk “Pilih Kegemaran Anda ” iaitu kempen pencarian untuk mencari coklat yang paling menjadi kegemaran rakyat Malaysia! Selebriti terkemuka yang dihimpunkan adalah – Joe Flizzow ( Almond ), Soo Wincci (Black Forest) , Nur Fazura ( Chocolate ), Gan Mei Yan & Jeff Chin ( Kacang Campuran) , Kuah Jenhan ( Cashew Nut ) , Carmen Soo ( Hazelnut ) dan Farid Kamil & Diana Danielle ( Fruit & Nut ).
Kami ingin berkongsi gambar pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danille di majlis yang berlangsung di Alexis The Gardens semalam. Mesra dan romantis!
Jangan lupa untuk membuat undi untuk memilih perisa kegemaran coklat Cadbury Dairy Milk. Hanya pergi ke laman Facebook Cadbury Dairy Milk ini ( http://www.facebook.com/CadburyMalaysia ) di Facebook dan terdapat aplikasi pengundian di sana. Undi perisa kegemaran anda. Apabila berkongsi di media sosial , jangan lupa untuk hashtag #pickmycadbury . Pengundian berakhir pada 28 Oktober 2013.