Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
SUBSCRIBE
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Living

Kempen #mygirls dari Adidas – Kempen beri inspirasi untuk wanita

by Aida Sue
October 17, 2013
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama pakaian sukan terkemuka di dunia iaitu Adidas mempersembahkan fasa kedua kempen #mygirls di Asia Tenggara. Kempen ini bertemakan minat perempuan untuk berlari dan memberi tumpuan kepada satu wawasan utama – kanak-kanak perempuan di Asia Tenggara bergantung kepada rakan-rakan dan masyarakat sebagai sumber kekuatan mereka dan memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat antara satu sama lain untuk mencapai apa yang mereka ingingkan di dalam bidang yang mereka ceburi.

mygirls

Kempen  #mygirls yang dilancarkan pada September tahun ini, adalah kempen yang dicipta oleh wanita untuk wanita yang berkhidmat untuk memberikan kanak-kanak perempuan inspirasi, sokongan dan motivasi termasuklah dalam bidang sukan. Adidas bekerjasama dengan duta tempatan dari seluruh rantau ini iaitu Fay Hokulani (mewakili Malaysia dan Singapura), Ana Karylle Padilla Tatlonghari (Filipina), Si Phitsinee Tanwiboon (Thailand), Maria Selena (Indonesia) dan Nguyen Thi Kim Dung (Vietnam) – dengan menggunakan satu platform sosial untuk berhubung dan berkongsi pengalaman mereka mengenai sukan dan motivasi diri.

IKLAN

Koleksi kasut terkini FW13 CrazyCool untuk wanita

crazycool

Sempena kembeli #mygirls ini, pihak Adidas akan memperkenalkan koleksi kasut FW13 CrazyCool untuk wanita. Kasut yang amat selesa dan fleksibel ini memudahkan kaki bernafas kerana dilengkapi dengan sistem pengudaraan 360 darjah. Ia juga mempunyai jaringan COOLEVER, lapisan untuk menguruskan haba dan peluh bagi mengurangkan ketidakselesaan untuk meningkatkan prestasi anda. CRAZYCOOL boleh didapati di semua kedai-kedai Adidas di KLCC, Pavilion, The Gardens, Empire Subang dan Paradigm Mall pada 1 Oktober 2013 pada harga RM399. Anda juga boleh membeli secara online di shop.adidas.com.my 

ShareTweetSend
  • About Us
  • Kit Media
  • Pengiklanan
  • Terma Perkhidmatan

© 2020 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
  • Makanan
  • Hiburan