Berikut kami kongsikan beberapa jenis kasut wanita yang diperbuat daripada kain denim. Kain denim bukan sahaja untuk kelihatan rock dan ranggi, tetapi kini kain dari jenis tersebut telah diubah suai menjadi lebih mewah dengan suntikan elemen terperinci dan ditambah dengan kristal untuk menaikkan seri si pemakai. Satu tips apabila anda memakai kasut dari jenis denim, pastikan anda tidak melalui kawasan basah kerana kebanyakkan kasut dari denim tidak kalis air. Anda juga boleh mengenakan pakaian yang bukan dari jeans supaya tidak kelihatan terlalu sarat.
IKLAN