Adakah dunia akan berakhir pada tahun 2032? Para ahli astronomi dari Ukraine telah menemui asteroid yang boleh memusnahkan bumi dengan kuasa 2,500 bom nuklear. Tarikh tepat ramalan para ahli astronomi adalah pada 26 Ogos 2032.
Menurut kajian mereka lagi, asteroid yang diberi nama 2013 TV135 itu sebesar 13,000 kaki menuju ke arah Bumi dan boleh menyerang planet Bumi dengan kuasa 2,500 peledak nuklear dalam masa 19 tahun. Asteroid itu telah diberi nilai sebagai salah satu daripada dua asteroid yang paling berbahaya yang pernah direkodkan. Namun, peluang Bumi menarik objek adalah sangat rendah, iaitu dianggarkan 1 dalam 63,000.
Kesan pelanggaran asteroid itu akan menjadi bencana, terutamanya jika ia melanda kawasan padat. Walau bagaimanapun, saiz ia adalah jauh lebih kecil berbanding dengan asteroid yang melanda Bumi dan membunuh dinosaur 65juta tahun dahulu dimana asteroid tersebut dianggarkan mempunyai garis pusat sepanjang 6 batu. Selepas saintis Ukraine melihat objek itu hujung minggu lalu, ahli-ahli astronomi di balai cerap di Sepanyol , Itali dan Siberia , Rusia, mengesahkan kewujudan 2013 TV135. Asteroid itu akan menjadi lebih dekat pada tahun 2024 , yang membolehkan saintis untuk lebih mengkaji orbit asteroid tersebut.
Ini merupakan antara ramalan hari kiamat bumi dimana manusia telah meramal hari kiamat sejak berkurun lamanya. Terdapat 5 tarikh ramalan kiamat yang popular pada tahun 2012 namun semuanya palsu. Yang paling popular adalah Hari Pengakhiran Maya dimana kalendar tamadun Long Count yang bermula 5125 tahun lalu di 3113 SM bakal berakhir pada 21 Disember, 2012 dan telah mencetuskan rasa takut sebilangan manusia di dunia dan meramal bahawa malapetaka besar akan berlaku.
Kiamat itu sudah pasti terjadi, tak perlu predict pun. Janji kita sebagai manusia kena lah bersedia bila-bila masa. 🙂