Siapa yang mengikuti program realiti masakan Masterchef Amerika Syarikat musim ketiga mesti mengenali peserta yang juga naib juara, Joshua Marks. Berita buruk yang kami dapat dari sumber mengatakan Joshua dijumpai mati akibat bunuh diri. Joshua yang menghidap gangguan mental sejak beberapa tahun lalu bertindak menembak kepalanya dengan sepucuk pistol. Malah, sebelum ini keluarga Joshua dikatakan telah berusaha membantunya mengubati penyakit tekanannya itu tetapi tidak berjaya.
Sumber terdekat keluarganya berkata, mendiang kelihatan tertekan sejak kebelakangan ini, namun punca tekanan itu tidak diketahui. Kematian Joshua mengundang simpati dan ucapan takziah daripada peserta program tersebut dan juri tetapnya, Chef Gordon Ramsay. RIP Joshua Marks, ikhlas dari Wanista.