Bila orang dah obses, mereka sanggup lakukan apa saja asalkan diri sendiri rasa bahagia dan gembira. Hal ini terjadi kepada Toby Sheldon, 33 yang sanggup menghabiskan wang sebanyak RM315,000 semata-mata mahu kelihatan seperti penyanyi pujaannya, Justin Bieber. Sheldon mula berfikir mahu menjadi seperti Justin Bieber ketika penyanyi itu mula popular pada tahun 2008 dan sejak itu dia mula tanamkan perasaan ‘ingin menjadi’ seperti Justin Bieber.
Sheldon menggunakan wang simpanan untuk membuat pembedahan plastik di bahagian muka, dagu dan kelopak mata. Menurutnya lagi, dia melakukan rawatan rambut untuk mengelakkan rambutnya gugur pada usia 23 tahun. Malah, dia sanggup membelanjakan RM25,000 untuk mendapatkan rambut seperti penyanyi itu namun tidak gembira dengan hasilnya.
“Saya terpaksa melalui tiga kali rawatan rambut yang berjumlah RM66,000 dan ketika itu terpaksa membawa bersama gambar Bieber untuk ditunjukkan kepada pakar,’’ katanya.
Walaupun berjaya mendapatkan rambut seperti Bieber, ternyata Sheldon takut kelihatan tua memutuskan untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya pula. Pada 2012, Sheldon mengambil suntikan Botox dan Aquamid di bahagian dahi, sebelum menjalani pembedahan di bahagian kelopak mata. Bukan itu sahaja, ramai yang menyangka dirinya gila kerana sanggup berhabisan hanya kerana ingin kelihatan seperti Justin Bieber dan juga terpaksa menemui dengan lapan pakar bedah sebelum salah seorang setuju melakukan operasi ke atasnya.
Meskipun selepas menghabiskan lebih RM300,000, Sheldon masih belum berpuas hati kerana rupanya tidak mencapai impiannya. Apa yang perlu dilakukan kini ialah melakukan pembedahan di bahagian hidung dan rahang, seperti yang dicadangkan oleh pakar bedah. – sumber