Seorang jurutera dari Montreal, Joseph Michael Liu Kai- Tsu Roqueni , merancang untuk mengumpul wang untuk kebajikan dengan berjalan sejauh 19,000 kilometer, dari Kanada ke Argentina, dalam tempoh 18 bulan, dengan berkaki ayam.
Dia yang berketurunan ” Chexican ” – kerana warisan Cina , Mexico dan Kanada telah berlatih berjalan kaki di seluruh Amerika selama setahun sebelum dia akhirnya memulakan perjalanan rasmi pada 2 Julai lepas. Joseph yang berjalan kaki dari Montreal dan menyeberang 14 negara ke Ushuaia, Tierra del Fuego , yang dikenali sebagai bandar paling selatan di dunia. Pelari berkaki ayam itu berlari sejauh 25 kilometer (15.5 batu) atau dua setengah jam, dua kali sehari.
Jurutera yang berumur 32 tahun itu bukan orang yang pertama di dunia yang berekpedisi tetapi beliau adalah yang pertama yang merancang untuk melakukannya tanpa memakai kasut. Roqueni sentiasa cuba untuk melakukan sesuatu yang berbeza , dan motivasi terbesar untuk berlari berkaki ayam adalah bahawa ” tidak ada orang lain telah melakukannya .” Ia juga alternatif yang lebih murah , kerana dia tidak perlu menghabiskan beribu-ribu ringgit membeli berpuluh-puluh pasang kasut , dan dia akan dapat bergerak lebih pantas tanpa bagasi tambahan.
IKLAN
Sumber : Facebook Joseph