Kini anda boleh merasai ‘Nights of Frights’ sempena musim Halloween pada bulan Oktober ini. Malah, anda boleh menyambut Halloween Day beramai-beramai di Sunway Lagoon. Dengan hanya RM48 anda berpeluang menyaksi banyak aktiviti menarik di ‘Nights of Frights’ seperti Wild Wild West Ghost Town, FunFear dan All Hallows Cemetery malah terdapat juga Horrorwood Studios 1 and 2, Rumah Hantu 3DX, World War Z dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, 1000 orang pengunjung pertama pada setiap malam akan menerima minuman percuma. Bersempena dengan promosi BIG 20, Sunway Lagoon akan menawarkan kadar istimewa untuk acara Halloween eksklusif kali pertama pada hanya RM50 ( harga biasa RM80 ) yang termasuk tiket kemasukan Sunway Lagoon serta ke Nights of Frights yang berlaku sama ada pada 19 , 25 , 26 atau 31 Oktober. Disebabkan itu, Nights of Frights hanya dibuka kepada mereka yang berumur 12 dan ke atas.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang ke Nights of Frights di Sunway Lagoon ini pada 18, 19, 25 , 26 dan 31 Oktober, dari jam 7.30 malam hingga 10.30 malam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 603 5639 0000, layari Sunway Lagoon atau facebook Sunway Lagoon, Malaysia.