Berita yang diperolehi daripada Harian Metro, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, semalam memperkenalkan hukuman hudud. Akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam mengikut tempoh percubaan selama enam tahun.
Undang-undang tersebut termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina. Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.
“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.
Walaubagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan sejauh mana ketegasan pelaksanaan undang-undang jenayah baru itu yang hanya dikuatkuasakan ke atas penduduk Muslim.