Cacar air adalah penyakit yang menjengkelkan. Walaupun sudah sembuh, bekas cacar air di kulit sering meninggalkan bekas yang sukar hilang. Malah, bekas cacar air ini ada di seluruh bahagian tubuh. Bagaimana menghilangkannya ? Tenang saja! Anda tidak perlu bimbang kerana ada beberapa cara semulajadi untuk menghilangkan bekas cacar air.
Kacang Hijau
Kacang hijau adalah bahan semulajadi yang berkesan untuk menghilangkan bekas cacar air. Cara ialah dengan merendamkan kacang hijau sehingga kembang. Selepas itu, kacang hijau ditumbuk sehingga halus. Oleskan kacang hijau pada bahagian kulit yang mempunyai bekas cacar air. Biarkan setika, bilas bersih.
IKLAN
Madu
Madu juga salah satu bahan yang dapat membuat kulit anda mulus kembali. Ditambah lagi, madu mempunyai kandungan yang boleh menyejukkan kulit dan mencegah berlaku jangkitan pada luka, sangat sesuai untuk kulit yang masih mempunyai bekas cacar air. Cara menggunakannya mudah, oleskan madu di bahagian kulit bekas cacar air.
Jagung Muda
Jagung muda adalah bahan semulajadi yang paling banyak digunakan untuk menghilangkan bekas cacar air. Pilih jagung yang masih muda, dengan warna biji yang masih kuning pucat. Parut bahagian biji jagung muda hingga halus, lalu lulurkan pada kulit yang mempunyai bekas cacar air. Biarkan beberapa saat hingga mengering, lalu bilas dengan air.