Penulis terpanggil untuk menyuarakan pendapat selepas membaca komen Izara Aishah di forum cari mengenai kewujudan kelab peminat yang dianggap hanya menyusahkan dirinya dan para peminat sahaja.
Padanya kelab peminat hanya akan menimbulkan banyak masalah berbanding dengan faedah kedua belah pihak. Saya tidak ada kelab peminat kerana bagi saya ia hanya akan menimbulkan masalah sesama mereka dan akan melibatkan saya secara tidak langsung.
Penulis bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Izara Aishah kerana penubuhan kelab peminat kadang-kala hanya menyusahkan kedua belah pihak, pihak artis dan pihak peminat. Contoh yang tepat ialah para peminat fanatik artis Kpop, rata-rata mereka sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka dapat berjumpa dengan artis kesayangan mereka. Hari ini, penulis telah terbitkan artikel mengenai Big Bang Seungri yang terlibat dalam kemalangan selepas keretanya dilanggar oleh peminat fanatik. Bukankah itu merupakan suatu perkara yang hanya merbahayakan kedua belah pihak.
Bukan itu sahaja, peminat fanatik ini juga boleh menyusahkan artis pujaan mereka. Contoh tepat peminat fanatik EXO yang sangat obses sehingga sanggup cederakan pergelangan tangan dengan menorehnya menulis ‘I LOVE EXO’, bukankah itu satu perbuatan yang bodoh. Malah, perkara yang sama juga berlaku kepada G Dragon apabila terpaksa merahsiakan hubungan cintanya kerana peminat fanatik boleh mencederakan orang yang disayanginya. Peminat fanatik ini seperti tidak sanggup melihat artis pujaan mereka menjadi milik orang lain. Suatu ketika dahulu G Dragon dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang model Jepun, Kiko. Twitter milik Kiko terus di -tweet dengan kata-kata jahat oleh peminat fanatik. Malah, Girs Generation Jessica diserang di lapangan terbang oleh peminat fanatiknya. Untuk pengetahuan anda, perkara sebegini bukan hanya berlaku pada artis Kpop sahaja malah artis antarabangsa lain juga turut berdepan dengan masalah peminat fanatik ini.
[ Berita Kpop ] Big Bang Seungri Terlibat Dalam Kemalangan Di Shanghai
IKLAN
[ Gossip Kpop ] Peminat Exo Terlalu Obses Sehingga Toreh ‘I Love Exo’ Di Pergelangan Tangan
[ Kpop ] Peminat Exo Buat Petisyen ‘Pengecualian Perkhidmatan Tentera’
[ K Pop ] Peminat Kumpulan Exo Diban Dari Memasuki Program Muzik ‘Inkigayo’
Sindrom Puja Dan Minat Artis Secara Keterlaluan Dipanggil ‘Borderline-Pathological’
Bukan sahaja kelab peminat menyusahkan malahan juga peminat fanatik juga menyusahkan keadaan lagi.